7 Dapatan Setelah Genap 6 Bulan Berhenti Kerja, Dah Kaya Ker Belum, Haha|BLOG NIA #6

Assalamualaikum.

Hari ini genap 6 bulan AHB rasmi beroperasi. Hari ini juga genap 6 bulan berhenti kerja, tapi saya taknak cakap pasal dah kaya ker belum (tajuk tu saja je bikin clickbait, haha). Jadi dipendekkan cerita, saya nak buat rumusan sikit apa yang telah berlaku pada saya dalam tempoh 6 bulan sepanjang karier sebagai bayi CEO ni, kahkahkah! Dan disebabkan saya suka nombor 7, jadi saya akan rumuskan dapatan itu kepada 7 bentuk point..supaya memudahkan Sidonia Locke pada masa akan datang untuk memahaminya apabila beliau mahu buat throwback melalui diari dan post blog πŸ˜‚ 


1. PERJALANAN BERMULA

AHB rasmi beroperasi pada 1 Januari 2020, Alhamdulillah! Pada masa itu saya mulakan dengan kelas b.Jepun secara online. Saya juga mula mempromosikan kelas membuat sushi FIZA SUSHI oleh Yuka Fiza secara online juga. Tapi tak mendapat sambutan. Cuma dapat dalam 4 orang pelajar b.Jepun tak silap. Pada masa yang sama juga saya cuma teruskan kelas b.Jepun dengan pelajar kelas b.Jepun sedia ada (syukur sebab saya memang dah mulakan kelas b.Jepun online sejak 2018 sebagai persediaan sebelum AHB rasmi beroperasi). Oh ya, masa tu juga saya sudah mulakan sesi latihan dengan pelajar Program Generasi Henshin (Program Latihan Pekerjaan Ke Jepun) dan Program Mentor Mentee Saikou (Program lama, iaitu program untuk latih pengajar b.Jepun) 


2. PEMBUKAAN PUSAT OPERASI AHB

Pada 1 Februari 2020, saya dengan rasminya membuka pusat operasi AHB di kampung saya sendiri iaitu, Kampung Serkat di Pontian, Johor. Sebenarnya sangatlah tidak merancang untuk membuka pusat operasi (ataupon pejabat) dalam masa 5 tahun ini, asalnya cuma nak beroperasi secara online saja. Yelah, nak buka pusat operasi ni pon kena keluarkan banyak modal kan.Tapi itulah, semuanya pon berlaku sekelip mata je. 

Dah lah, bermula bulan Februari sampai pertengahan bulan Mac tu macam orang hilang arah. Satu, sebab banyak sangat campur tangan dari orang luar yang nak sama-sama terlibat dengan pusat operasi dekat kampung. Kedua, sebab tak boleh nak tumpukan perhatian pada aktiviti online dan offline, dah la aktiviti online tu pon memeningkan juga. Akhir sekali kepala pon jadi ting tong, haha! 


3. SIDONIA LOCKE

Saya masih ingat lagi masa awal bulan 3 tu, masa tu saya dah nak let go posisi sebagai pengurus AHB, samada untuk pusat operasi di kampung mahupun operasi secara online sebab saya memang dah tawar hati dah dengan AHB, haha! Lagi pon pada masa itu, seseorang yang saya minta tolong untuk menjadi pengurus Program Latihan Bakat NIJI pon mendiamkan diri je bila saya minta feedback. Bertambah la sedihnya 🀣 Jadi pada masa itu, saya cuba ‘melarikan diri’ dengan meluangkan banyak masa melihat hasil karya seni, samada lukisan mahupun muzik. Saya juga mula berjinak-jinak untuk edit gambar-gambar guna aplikasi telefon bimbit. Masa tulah saya rasa seronok sangat.

Dan saya pon tak tahu kenapa, tapi saya nak cari nama baru yang saya boleh gunakan sebab saya dah bosan dah dengan nama komersial saya sebelum ini iaitu, HOUKI BOSHI. Jadi saya pon mulalah ambil kuiz online dekat google semata-mata untuk dapatkan nama seni, haha! Dari situlah saya dapat nama SIDONIA LOCKE πŸ˜† Saya mula guna nama tu pada 11 Mac 2020. Sejak itu, diri saya mula berubah lebih baik, sedikit demi sedikit. πŸ₯°


4. PKP MELANDA

Dan just nice, seminggu lepas saya menggunakan nama Sidonia Locke tu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pon mula dilaksanakan satu negara. Syukur, syukur, syukur. Itu sajalah yang saya boleh katakan. Sebab ketika PKP inilah saya dapat mengatur balik operasi AHB dan menemukan kerja yang saya suka lakukan.  


5. PENUBUHAN KUMPULAN BAKAT NIJI

Ketika PKP inilah saya memutuskan untuk menubuhkan Kumpulan Bakat NIJI dan menggunakan nama Sidonia Locke sebagai pengurus bakat. Tarikhnya ialah pada 24 Mac 2020, haha. Sejak itu juga saya mula mencari bakat-bakat untuk dimasukkan dalam NIJI TALENT dan juga mula aktif mengedit gambar dan video. 

Pada masa itu juga saya masih lagi menggunakan nama HOUKI BOSHI sebagai pengurus AHB dan oleh itu saya masih lagi merasa tawar hati dengan AHB, hahaha! Tengok, semuanya sebab nama sebenarnya. 


6. AHB SEBAGAI AKADEMI SENI & MEDIA

Kemudian pada 27 April 2020 saya mula menggerakkan AHB secara keseluruhan. Saya mula mengepos konten di akaun sosial AHB di facebook dan instagram (termasuk juga JAPPON), sambil juga mengepos konten di akaun sosial NIJI TALENT. Kenapa? sebab niat asalnya cuma taknak biarkan AHB tu pegun macam tu saja hanya kerana saya mahu fokus pada NIJI TALENT. Tapi syukur Alhamdulillah, sebab usaha saya itulah saya menemukan identiti AHB yang sebenar. 

Pada 15 Mei 2020, saya mula menggunakan ‘Akademi Seni & Media’ sebagai identiti AHB. Saya juga sudah mula merancang untuk menggunakan nama Sidonia Locke sepenuhnya sebagai bukan saja pengurus NIJI TALENT, tetapi juga sebagai content creator dan pengasas AHB, pada 31 Mei 2020. 


7. REBRANDING

31 Mei 2020 ialah tarikh AHB dilahirkan semula sebagai ‘Akademi Seni & Media ; Penghubung 3 Negara Timur & Sidonia Locke dilahirkan semula sebagai pengasas, pengurus bakat & content creator AHB! 😍

Jadi sekarang sudah genap sebulan AHB beroperasi setelah rebranding! Yaiy! 


Jadi itulah rumusan; 7 dapatan sejak 6 bulan AHB rasmi beroperasi! 

Dan InsyaAllah, operasi AHB kini semakin lama semakin baik dan menampakkan corak sistem yang lebih teratur! (hahaha..skema ayat).

Okay! jadi itu saja! InsyaAllah akan buat rumusan macam ni setiap 6 bulan haha. Seronok juga buat laporan dekat diri sendiri πŸ˜†


P/S : Saya tak tahulah siapa yang akan membaca post blog kali ini sebab ini bukannya artikel pon tetapi jika anda membaca post ini, sila LIKE post di bawah ini juga! ARIGATOU KAMSAHAMNIDA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *