Assalamualaikum

Malaysia , Jepun & Korea Selatan. Satu kombinasi yang selalu kita kaitkan dengan Dasar Pandang Ke Timur yang pernah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada 8 Februari 1982 semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Dasar ini kiranya ialah usaha kerajaan pada masa itu untuk membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea Selatan. Sebab masa tu, Jepun dan Korea Selatan antara negara yang pesat membangun dalam beberapa bidang, malah lebih maju daripada negara barat dalam bidang-bidang tertentu. Jadi, objektif utama dasar ini ialah untuk memajukan negara dengan Jepun dan Korea Selatan sebagai model rujukanlah macam tu, sebab 2 negara ini memang dah terbukti berjaya (dari segi ekonomi dan nilai-nilai murni masyarakatnya).
Persoalannya, adakah dasar ini masih lagi releven untuk dilaksanakan pada generasi ini, apabila sudah berusia 38 tahun sejak diperkenalkan?? Okay di sini saya nak memetik sikit artikel oleh malaysiagazette.com.

KUALA LUMPUR – Dasar Pandang ke Timur yang berusia 37 tahun sejak diperkenalkan pada tahun 1982 masih relevan dan boleh dijadikan sebagai prinsip dan tauladan dalam membentuk generasi muda masa depan yang cemerlang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. ... Menurutnya kejayaan kedua-dua negara berkenaan berprinsipkan Pandang Ke Timur boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dibudayakan bagi mencapai matlamat pembangunan negara.
Sumber maklumat : https://malaysiagazette.com//
Jadi, LIHAT! Dasar ini masih lagi relevan! Dan sebab itu jugalah saya gunakan Dasar Pandang Ke Timur ini sebagai teras AHB😄
Visi AHB ialah untuk menjadi akademi yang berkesan dalam membantu menghasilkan tenaga manusia dan bakat yang boleh menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya bidang seni hiburan DENGAN mengadakan hubungan yang baik dengan negara Jepun dan Korea Selatan.
Dasar ini memang terbukti relevan, cuma, pada saya ianya masih lagi belum digunakan sepenuhnya. Oleh itu, masih banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menerapkan dasar ini.