Alhamdulillah Sudah Jumpa Identiti Sebenar Saya Dan Akademi *bahagian 2* | LAIN-LAIN #2

sumber gambar : https://circlein.com/

Assalamualaikum

Baik, jadi saya akan bersambung lagi bercerita mengenai post semalam iaitu ; Alhamdulillah Sudah Jumpa Identiti Sebenar Saya Dan Akademi

Mengenai pemilihan nama Sidonia Locke sebagai nama komersial sebagai pengasas, pengurus bakat & content creator AHB. Nama itu lahir pada 11 Mac 2020, apabila saya mencari nama baru sebagai ‘escape’ daripada situasi sukar saya ketika itu. Saya akan tulis lebih detail lagi mengenai ini pada post lain, iaitu mengenai ‘alter ego’ dan ‘potensi diri sebenar’.

Cerita dipendekkan

Keadaan emosi saya setelah menemukan nama ‘Sidonia Locke’ memberikan kesan positif pada diri saya. Semakin hari semakin baik. Akhirnya pada 24 Mac saya memutuskan untuk menggunakan nama Sidonia Locke sebagai pengurus bakat NIJI TALENT. Saya mulai merekruit bakat dan kebanyakannya ialah pelukis. Oh, buat pengetahuan, ketika itu juga saya masih menggunakan Houki Boshi sebagai nama komersial sebagai pengasas dan pengurus AHB.

Walaupun ketika itu saya sudah mula sangat seronok menguruskan NIJI TALENT. Tapi saya masih lagi belum dapat mengaitkan lagi AHB dengan NIJI TALENT dan SIDONIA LOCKE. Hurm..saya rasakan 98% orang yang membacakan perenggan ini pastinya tidak faham dengan apa yang saya maksudkan. Tapi takpa, tak penting pon. Saya hanya mahu bercerita, haha.

Okay, kemudian..cerita dipendekkan lagi

Pada 27 April 2020. Bermula pada tarikh itu, saya mula menggerakkan akaun-akaun sosial AHB dan sub lain seperti JAPPON dan NIJI TALENT secara keseluruhan. Saya juga mula berkongsi info mengenai KELAB PEMINAT JEPUN secara konsisten. Tujuannya ialah supaya, walaupun saya mahu fokus lebih kepada NIJI TALENT ketika itu, tapi AHB juga masih tetap terus bergerak sama berkongsikan info. Akhirnya setelah beberapa ketika menjalankan operasi seperti itu, saya secara tidak sedar mula menjumpai ‘missing piece’ yang menyebabkan saya rasa kurang mengenai AHB selama ini.

Akhirnya saya menemukan identiti AHB iaitu sebagai akademi yang bertanggungjawab menghubungkan Jepun, Malaysia & Korea Selatan melalui seni dan media ATAU sebagai akademi seni dan media yang menghubungkan 3 negara timur iaitu Malaysia, Jepun & Korea Selatan.

Akhirnya pada 15 Mei 2020 saya memutuskan untuk menjalankan operasi AHB secara keseluruhan sebagai pengasas, pengurus bakat dan content creator atas nama Sidonia Locke (Tiada lagi Houki Boshi). Syukur Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Akhirnya saya menemukan identiti bukan saja diri saya, tetapi juga AHB.

Dan untuk menjadikan peristiwa ini lebih dramatik (haha), saya menetapkan tarikh 31 Mei sebagai permulaan yang baru, bukan saja kepada diri saya tetapi juga AHB. 31 Mei itu ialah hari jadi saya 🤣

SO WE ARE STARTING ALL OVER AGAIN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *