6 Spot Untuk Menikmati Bunga Sakura di Tokyo

₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪
6 Spot Untuk Menikmati Bunga Sakura di Tokyo
₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪ ₪

Memandangkan musim bunga hampir tiba, kami sediakan 6 tempat yang menarik untuk anda menikmati keindahan pokok sakura di kawasan Tokyo.

1️⃣Shinjuku Gyoen
Di sini terdapat lebih dari 1000 pokok sakura pelbagai jenis yang akan berkembang pada awal dan lewat musim sakura. Mempunyai kawasan yang luas untuk anda berhanami dan bergambar. Bayaran masuk ke taman ini hanya 500 yen.

2️⃣Ueno Park
Tempat yang paling ramai orang berkunjung bila tiba musim sakura. Mempunyai lebih dari 1000 pokok sakura sepanjang jalan menuju ke National Museum dan sekeliling kolam Shinobazu. Taman ini dibuka untuk orang ramai secara percuma.

3️⃣Sumida Park
Anda boleh menikmati sakura di sepanjang tebing sungai Sumida yang jaraknya lebih 100 meter. Anda juga boleh menaiki cruise boat yang lalu di sungai ini dan melihat pemandangan bunga sakura yang cantik di sepanjang sungai ini.

4️⃣Asukayama Park
Terletak di puncak bukit yang berhampiran dengan JR Stesen Oji. Antara taman yang tertua dan popular untuk berhanami di Tokyo. Mempunyai beratus pokok sakura dan apabila malam hampir tiba ada lampu illumination dinyalakan.

5️⃣Inokashira Park
Mempunyai beratus pokok sakura dan kawasan yang luas untuk anda berjalan-jalan di kawasan sekitar. Di taman ini juga mempunyai sebuah tasik ditengah-tengahnya. Anda boleh sewa bot kecil di situ sambil menikmati bunga sakura.

6️⃣Koishikawa Botanical Garden
Terletak berhampiran dengan Tokyo Universiti. Taman yang luas dan mempunyai pelbagai jenis pokok sakura dan Japanese Landscape Garden. Tempat yang tenang dan aman untuk menikmati sakura kerana taman ini tidak ramai pengunjung dan anda boleh bergambar dengan senang. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 400 yen.

sumber foto: www.japan-guide.com

 


Artikel ditulis oleh FARIS FATHIL. Beliau merupakan krew JOM P JAPAN TALENT. Kenali Faris Fathil dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *