6 RAHSIA WANITA JEPUN CANTIK DAN LANGSING – FIZA SUSHI

Jepun terkenal dengan kulit wajah flawless dan bentuk badan langsing! Memang cemburu bila tengok mereka niπŸ˜–.
.
Kalau nak tahu, mereka sangat menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sangat berdisiplin.
Jom kita tengok apa rahsia mereka!
.
1. CARA PEMAKANAN SIHAT


Kebanyakan makanan Jepun semuanya sihat dan segar seperti ikan, sayuran hijau, soya, nasi, buah-buahan. Paling penting mereka tidak gemar makanan segera!! .
.
2. MAKAN SEAWEED


Dalam makanan Jepun wajib ada benda ni. Seaweed mengandungi collagen yang sangat bagus untuk kulit. Orang Jepun selalu guna seaweed dalam masakan mereka. Memang patutlah mereka kulit cantikπŸ˜€
.
3. TEKNIK MASAKAN


Kebanyakan makanan Jepun dimasak dengan teknik merebus, bakar, panggang, stim dan menggoreng dalam kuali leper dengan minyak yang sangat sedikit. Sayur pula di masak sekejap sahaja untuk mengekalkan khasiatnya.
.
4. MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT


Memang betul, kalau kita nak badan yang sihat dan cantik, perlu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Mereka juga mengamalkan makan sedikit demi sedikit dan mengunyah dengan betul untuk memudahkan sistem pencernaan. Makan macam ni barulah tak buncittt kan🀣. Islam pon ajar supaya kita berhenti sebelum kenyang.
.
Eh jap!!… tunggu dulu. Ada lagi ni.
.
5. MINUM TEH HIJAU


Orang Jepun minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
.
6. SELALU BERSENAM


Bersenam sudah menjadi rutin bagi masyarakat Jepun. Mereka gemar berbasikal dan berjalan. Huh, patut la slim je kan.

Korang yang nak cantik boleh tiru rahsia awet muda gaya Jepun ni.
Semoga bermanfaatΒ πŸ˜‰

#FizaSushi
#halsushikit
#wakuwaku
#Pjjsushi


Artikel ditulis oleh Yuka Fiza untukΒ FIZA SUSHI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *