Alhamdulillah Sudah Jumpa Identiti Sebenar Saya Dan Akademi *bahagian 1* | LAIN-LAIN #1

sumber gambar : https://circlein.com/

Assalamualaikum

Dalam post ini saya mahu menceritakan mengenai perjalanan saya menemukan identiti sebenar saya dan juga Akademi Houki Boshi. Kita mulakan dengan throwback, haha

Pada 1 Januari 2020, AHB telah rasmi beroperasi! Alhamdulillah. Bunyi macam havoc dan hebat sangat, tapi…

cerita dipendekkan

Walaupun rasmi beroperasi, tapi saya rasakan ada sesuatu yang kurang atau rasa macam tak ‘masuk’, bukan saja dengan akademi, tetapi dengan diri saya sendiri. Sebab saya rasa berserabut. Bukan berserabut disebabkan masih belum mendapat sambutan (akademi masih lagi di tahun pertama dan konsep akademi juga adalah baru. Benda baru pastinya perlukan masa untuk mendapat sambutan, kan?)

Pada bulan Januari itu saya mulakan dengan kelas bahasa Jepun dan juga program lain dengan pelajar secara online. Saya masih lagi beroperasi secara online ketika itu. Saya ada juga buat benda lain untuk akademi, tapi saya rasakan ‘lost’ juga. Seolah-olah saya tidak menjadi diri saya dalam menguruskan AHB. Oleh itu saya rasa, tidak seronok. Dalam erti kata lain, SUDAH BOSAN. Seriously…guys. Tapi, saya tetap juga teruskan beroperasi dan buat sesuatu untuk AHB.

Masa berjalan dan masuklah ke bulan Februari. 1 Februari 2020 saya berjaya membuka pusat operasi akademi di kampung saya sendiri iaitu, Kampung Serkat, Pontian, Johor. Tujuan utama saya membuka pusat ini ialah kerana ketidakfokusan saya ketika membuat kerja di rumah, haha.

Cerita dipendekkan lagi

Jadi, bermula pada saat saya membuka pusat operasi itu, saya terbabit dengan pihak luar seperti jawatankuasa kampung, pihak NGO lain dan juga beberapa individu yang mahu sama-sama memajukan pusat operasi. Niat mereka baik sebenarnya, TAPI, mendatangkan kesan kepada diri saya yang sudah sedia ‘lost’ ketika itu. Saya jadi bertambah hilang arah. Saya rasakan yang AHB tidak sepatutnya beroperasi seperti itu. Itu bukannya identiti AHB. Sedangkan saya sendiri masih kurang jelas dengan identiti AHB (dan saya sendiri) ketika itu, disebabkan oleh banyak sangat pengaruh oleh beberapa pihak. Tapi saya tetap cuba teruskan juga ikhtiar untuk menguruskan AHB. Kelas bahasa Jepun juga masih tetap diteruskan.

Awal bulan Mac, saya sudah mula mencari orang yang boleh menjadi jurucakap a.k.a CEO AHB. Sebabnya saya mahu fokus dengan salah satu program AHB yang menarik perhatian saya iaitu, Program Latihan Bakat NIJI (Saya sebenarnya terpaksa menguruskan program ini disebabkan orang yang saya fikir boleh menjadi pengurus program ini mendiamkan diri, haha).

Pada masa itu juga, saya mula membuat draft Kelab Peminat Jepun supaya calon CEO AHB boleh berlatih untuk menguruskannya sebagai ‘warm-up’ sebelum saya memberikan AHB kepadanya. Macam tu la rancangannya.

Okay, nampaknya post kali ini agak panjang, jadi saya akan sambung ke bahagian ke 2 esok! Bye!🤩

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *