5 Sebab Kenapa Saya Lebih Minat Artis Lelaki (Terutamanya Boygroup) | BLOG NIA

AssalamualaikumπŸ₯°

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi 5 sebab kenapa saya lebih suka artis lelaki (terutamanya boygroup) berbanding dengan artis wanita.

boygroup
Boygroup JPOP yang terhasil dari rancangan PRODUCE 101 JAPAN iaitu JO1

Kenapa saya nak menulis pasal ini??? Oh, sebab ianya PENTING! hahaha..lagipon ianya berkaitan dengan cara ke 4 yang AHB akan guna untuk menghubungkan πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡―πŸ‡΅ πŸ‡°πŸ‡· DAN juga impian ke 4 & 5 saya!

INI JUGA TIDAK BERMAKNA YANG SAYA BENCI DENGAN ARTIS WANITA…saya cuma tak berminat saja tau~ tak minat dengan benci tak sama yeπŸ˜‰

Tanpa membuang masa lagi jom kita teruskan membaca!🀩


1. CALON PEMIMPIN YANG BAIK

Sebab utama kenapa saya sangat berminat dengan artis lelaki, lebih-lebih lagi boygroup ialah kerana pada saya, mereka inilah calon pemimpin yang baik πŸ₯°

Kumpulan KPOP yang cukup terkenal iaitu Bangtan Boys (BTS)

Saya sedia maklum yang mereka ini bukanlah pemimpin kepada semua orang tapi mereka inilah calon pemimpin paling baik kepada generasi muda masa kini. Malah contoh juga sudah ada, iaitu kumpulan kpop global, BTS.

Ini akan saya kupas lebih lanjut pada post yang lain mengenai senarai artis lelaki yang boleh menjadi pemimpin yang baik😁

πŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”Ά

2. PENGHIBUR YANG IDEAL

Kumpulan legenda JPOP, ARASHI

Ini juga boleh dimaksudkan dengan artis. Jika ada yang bertanya kepada saya, yang manakah lebih ideal menjadi artis? Saya akan jawab LELAKI!

KENAPA?

Sebab artis lelaki lebih rendah risikonya untuk dieksploitasi oleh ramai pihak, berbanding artis wanita. Saya juga akan kupas mengenai isu eksploitasi artis ini dalam post yang lain InsyaAllah, hehe.

Ah, satu lagi..bukankah artis lelaki lebih kelakar dan kreatif dalam humor berbanding artis wanita. Dan sebab itu jugalah pada saya mereka ini adalah penghibur yang ideal!

πŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”Ά

3. LEBIH BERPOTENSI UNTUK KEKAL AKTIF

Boygroup dari barat, Backstreet Boys

Saya percaya artis lelaki lebih berpotensi untuk kekal aktif lebih lama dalam industri hiburan berbanding artis wanita SEBAB selalunya artis wanita ni pasti akan slow apabila mereka sudah berkahwin.

Dan apabila sesuatu artis itu boleh kekal lama, maka mereka lebih banyak peluang untuk meluaskan dan menguatkan kumpulan pengikut (peminat) mereka. Maka artis lelaki ini boleh membentuk legasi mereka sendiri yang mana, jika boleh diuruskan dengan betul, legasi ini pasti boleh mendatangkan keuntungan dan kebaikan kepada dunia!

πŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”Ά

4. TAK BERLEBIH-LEBIHAN

Ini sebenarnya subjektif. Tak berlebih-lebihan di sini boleh merujuk kepada kelakuan, penampilan, percakapan & sebagainya.

Bukankah wanita itu perhiasan dunia? Jika dalam aspek penampilan ini, banyak yang artis wanita perlu pertimbangkan agar penampilan mereka tidak menjolok mata, dan ianya memang bukan mudah. Bukankah lelaki lebih mudah tergoda dan naik nafsu shahwat mereka apabila melihat wanita yang berlebihan-lebihan dalam berpenampilan, malah ada yang gersang hanya apabila mendengar suara nyanyian wanita saja.

Kumpulan KPOP istimewa keluaran syarikat SM Entertainment iaitu SUPERM

Sebaliknya jarang kita boleh mendengar perkataan ‘menjolok mata‘ jika ianya berkaitan dengan penampilan artis lelaki.

πŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”ΆπŸ”Ά

5. TAK MUDAH EMOSI

Sekali lagi, ini juga ada kaitan dengan point nombor 4 iaitu ‘berlebih-lebihan’. Pada pendapat saya sendiri sebagai seorang wanita, saya melihat artis wanita ini lebih emosi berbanding majoriti artis lelaki. Kalau marah, marah depan-depan, mudah perli-perli sebagainya. Dan yelah, wanita ni kan suaranya nyaring. Jadi bila dah ‘over’ excited tu, percakapan mereka..ya Allah mahu pecah satu studio dibuatnya, haha.

Kumpulan JPOP, SixTones

Memang tak salah pon, but again, itu antara sebab kenapa saya kurang berminat dengan artis wanita. Lagipon, bukankan seorang pemimpin (point nombor 1) ialah orang yang boleh menjaga emosi mereka? Kalau excited pon…kawal la diri tu.


Jadi itulah dia 5 sebab kenapa saya sangat meminati (dan menghargai) artis lelaki, terutamanya boygroup. Sebenarnya, selain 5 sebab di atas, saya juga banyak kali ‘diselamatkan’ oleh boygroup sejak saya remaja lagi. Dan sebab itulah saya boleh melihat yang mereka ini sangat berpotensi untuk menjadi penyelamat ataupon pemimpin kepada ramai orang KALAU DIBIMBING DAN DIDIDIK DENGAN BETUL.

Kelakar tapi sebenarnya boygroup inilah antara sebab kenapa saya mahu menubuhkan AHB ini pada tahun 2015 dulu, menunjukkan betapa berharga mereka pada saya. Dan saya juga percaya antara misi saya di dunia ini adalah untuk mendidik dan menjaga orang-orang yang berbakat seperti mereka.πŸ₯°

P/S : Jangan terperanjat pula kalau saya banyak bercakap pasal boygroup ini ye. Orang berbakat seperti mereka ini juga sebahagian daripada AHB 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *