5 Orang Tua Hebat Di Jepun| TAHUKAH ANDA | JAPPON

Assalamualaikum semua!

Pada post kali ini admin nak berkongsikan cerita best pasal 5 orang tua Jepun yang sangat hebat, haha. Oh ya, admin doakan para pembaca berada dalam keadaan yang sihat-sihat saja ya. Baiklah kita teruskan!

Ini juga ialah sambungan kepada post yang pernah kami kongsikan di instagram seperti di bawah ini :

View this post on Instagram

❇️TAHUKAH ANDA❇️ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Negara Jepun menduduki tangga pertama sebagai sebuah negara dengan populasi warga tertua paling ramai di dunia dengan jumlah 35.88 juta orang (berumur 65 tahun ke atas) sebagaimana data yang dikeluarkan oleh kementerian pada 2018. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Manakala warga tua yang berusia 90 tahun ke atas pula adalah seramai 2.31 juta orang🤯 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Mesti ini disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup mereka yang lebih sihat kan? Pendapat anda? 😁 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Sukakan konten seperti ini? Jika suka, LIKE & SHARE post ini di akaun sosial anda juga! Moga bermanfaat, InsyaAllah 😁 ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Sumber gambar : Buzz On Life, sumber info : japantimes.co.jp ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ #tahukahanda #wargatuajepun #orangjepun #jepun #jappon #peminatjepun #kelabjepun

A post shared by JAPPON (@officialjappon) on

Jangan lupa follow kami juga di instagram ya!

MIEKO NAGAOKA

Mieko Nagaoka merupakan seorang bekas perenang yang sudah pon berusia 106 tahun! 😱 Buat pengetahuan, beliau telahpon mempunyai 18 rekod dunia setakat berumur 105 tahun tahun lepas. Apabila ditanya apakah rahsia beliau kekal aktif sebegitu. Ini jawapan dari beliau :

Rahsianya ialah jaga makan dan kekal aktif. Tak bagus untuk orang tua seperti saya duduk diam saja. Saya ingin terus berenang sehingga saya berumur 105 tahun.

Mieko Nagaoka
Sumber gambar dan info : https://en.wikipedia.org/ & http://www.asahi.com/

YUICHIRO MIURA

Yuichiro Miura merupakan orang tertua yang pernah mendaki Gunung Everest, iaitu pada usia 80 tahun! Beliau mula mencipta rekod sebagai orang tertua mendaki Gunung Everest pada tahun 2003. Ketika itu beliau berusia 70 tahun. Kemudian, 10 tahun selepas itu, beliau memecah rekod beliau sendiri dengan berjaya menawan kemuncak Gunung Everest pada usia 80 tahun. Dikatakan yang sekarang ini beliau sedang bersedia untuk mendaki lagi gunung itu pada usianya 90 tahun. HEBAT!

sumber info : https://allthatsinteresting.com/

HIDEKICHI MIYAZAKI

Hidekichi Miyazaki ialah seorang pelari pecut dengan nama gelarannya, ‘Golden Bolt’. Beliau adalah bekas pemegang rekod dunia sebagai pelari pecut tertua di dunia iaitu pada usia 105 tahun. Beliau telah pon meninggal dunia pada tahun lepas di usia 108 tahun.

Sumber info : https://en.wikipedia.org/ & https://www.theguardian.com/

MICHIHARU SHIMOJO

Michiharu Shimojo mula mencipta nama apabila menjadi peserta tertua yang berjaya menamatkan acara Marathon Boston pada kali ke 12 pada tahun lepas, di usia 83 tahun! Ini merupakan kali ke 2 beliau menyertai acara ini. Dikatakan pada tahun sebelumnya, beliau telah berjaya menamatkan acara itu dalam masa 5 jam 45 minit dan 30 saat. Bertenaganya la hai😭

Sumber info dan gambar : https://mainichi.jp/

KIMIKO NISHIMOTO

Kimiko Nishimoto ialah seorang jurufoto yang sudah pon berusia 93 tahun pada tahun ini. Beliau ini sangat hebat. Bukan saja aktif dan kreatif, tapi juga seorang yang sangat sporting! Anda boleh ikuti instagram beliau di bawah ini.

Sumber info : https://www.c41magazine.com/

Jadi itu saja perkongsian dari admin! Ada ramai lagi sebenarnya orang tua Jepun yang hebat-hebat seperti ini. Tapi ini ialah top pick admin la hehe.

Apa yang boleh kita belajar dari post ini? Pada admin, umur bukanlah penghalang untuk mencipta sejarah dan mencapai kejayaan. Paling penting sekali, makin berusia makin gembira! Admin mahu menjadi seperti mereka ini juga, InsyaAllah aamiin.

Baiklah, itu saja untuk post kali ini. InsyaAllah kita akan bersua lagi post akan datang ya. Jangan lupa follow kami di instagram juga! Bye, assalamualaikum.🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *