Channel Youtube Saya Sudah Rasmi Bermula! | BLOG NIA #4

Assalamualaikum

Alhamdulillah, channel youtube saya, KIMSHITE TV sudah mula aktif bermula hari ini! Video pertama (rasmi) sudah mula saya masukkan di sana 🤩

Bermula minggu ini, saya akan naikkan 3 video seminggu mengikut segmen. Honestly, buat permulaan ni target saya bukan untuk mengejar jumlah view dan subscriber, tapi lebih kepada untuk memperkenalkan diri saya sebagai SIDONIA LOCKE..seorang pengasas, pengurus bakat & content creator akademi sendiri.

Yelah, selalunya saya hanya menulis dan berada di belakang tabir saja kan, sedangkan kekuatan saya bukan kepada penulisan tetapi lebih kepada percakapan dan lain-lain lagi. Jadi saya ambil peluang ini untuk menonjolkan kelebihan diri saya sendiri dan seterusnya boleh menjadi jurucakap AHB.

Sejujurnya, saya seronok dengan kerja-kerja untuk menghasilkan konten seperti dalam channel KIMSHITE TV ini. Daripada konsep video, penulisan skrip sehingga menyunting video. Banyak kerja yang perlu dibuat, tapi seronok! Cumanya, seperti mana ramai ‘orang baru’ lain, masih banyak lagi yang saya perlu pelajari mengenai penghasilan konten video macam ni, terutama dari segi teknikal dan marketing. Saya akan berusaha mengasah kemahiran yang ada! 💪

Selain dari menghasilkan konten untuk KIMSHITE TV, saya juga bertanggungjawab penuh menghasilkan konten untuk channel JAPPON TV & NIJI TV. Kemudian, saya telah diberi peluang untuk menghasilkan channel youtube khas untuk Tourism Pontian tak lama lagi. Malah skg juga saya terlibat sama dengan pengurusan channel youtube JOM P JAPAN TV.

Haha, macam tak menang tangan pula 😂 Tapi saya akan buat yang terbaik. Ini semua peluang untuk saya menonjolkan lagi nilai diri saya. Dan saya harap, usaha ini juga dapat lebih menyakinkan lagi ramai orang untuk mendaftar sebagai pelajar AHB. InsyaAllah, step by step 💪

Oh, dan saya juga menjadikan Gary Vee sebagai role model saya sebagai content creator & social marketing. Dia seorang yang sangat menginspirasikan 😍

Dan satu lagi, hari ini hari jadi saya yang ke 35 tahun! Alhamdulillah 💖

Fasa hidup saya yang baru sudah pon bermula mulai hari ini. InsyaAllah mulai hari ini juga saya akan sentiasa menulis blog setiap hari. Saya akan menulis mengenai fasa hidup yang baru ini pada post akan datang.

JAGA DIRI! ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *