5 Boygroup; Penyelamat Hidup Saya – Nombor 5 Paling Bermakna | Lain-lain

Assalamualaikum

Minggu lepas saya ada naikkan dekat akaun instagram mengenai 5 boygroup yang saya anggap sebagai HERO. Hurm..tajuk memang poyo lol..tapi sila baca sampai habis post ini, barulah anda boleh faham kenapa saya memanggil mereka hero ataupun penyelamat hidup saya..heheπŸ₯°

Dan juga in case jika anda tertanya-tanya apa kaitannya boygroup dengan AHB ni? Mereka inilah sebenarnya antara sebab kenapa saya mahu menubuhkan AHB. Sebabnya saya percaya, mereka inilah yang boleh menjadi penghubung di antara negara Malaysia, Jepun & Korea Selatan ; melalui bakat yang mereka ada.

Saya juga percaya yang mereka ini juga boleh menjadi pemimpin terutamanya kepada generasi muda zaman kini. Bukan saja pemimpin, tetapi juga penyelamat, perangsang, motivasi kepada ramai orang di luar sana.

Ini bukan sekadar teori, tetapi memang berkesan! Anda sendiri boleh lihat impaknya melalui BTSπŸ‘‡

Secara peribadinya, boygroup inilah yang banyak menyelamatkan saya ketika saya bergelut dengan keadaan yang sukar.

Jadi di bawah ini saya senaraikan 5 buah boygroup yang pernah menyelamatkan saya!

Boygroup nombor 5 tu pula tengah menyelamatkan saya sekarang🀣 Macam mana tu??? Sila baca sampai habis! Okay jom mula!🀩


#1 BACKSTREET BOYS (1999)

Masa tu saya adalah seorang pelajar tingkatan 2 di SMK Sri Kukup. Masa tu saya jadi mangsa buli budak-budak lelaki yang sekelas dengan saya. It was really hard. Sampai satu tahap yang saya taknak pergi sekolah (tapi sebagai pelajar yang baik, saya mesti la juga ke sekolah kan? ). Stress, depress, semua ada. Tapi semua tu saya cuma mampu pendam dalam hati saja. Sedih woo. Tapi syukurlah ada BSB masa tu. Seronok sangat bila layan lagu-lagu dan tengok video muzik diorang. Terasa di awang-awangan saja, hahaha. Masa tu la saya dah mula berangan pasal boygroup ni. Pada saya, diorang ni la cara saya untuk ‘escape’ dari trauma akibat dibuli. Walaupun diorang sekarang ni pon dah jadi bapak orang, saya tetap kenang jasa diorang dalam hidup saya. Tq BSB dads!

πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€

#2 NewS (2007)

Sebenarnya lebih tepat lagi ialah disebabkan oleh salah seorang ahli kumpulan NewS masa tu iaitu, Yamashita Tomohisa. Disebabkan dialah saya mula tertarik dengan negara Jepun. Tapi bila saya kenal NewS melalui Yamapi nilah saya mula rasa hidup saya ketika tu lebih ‘hidup’ dari sebelumnya. Masa tu saya tengah belajar di UKM dan yeah, keadaan saya ketika itu agak tak keruan. Belajar pon tak pandai, apa yang saya nak dalam hidup pon saya tak tahu hahahaha..bila saya kenal NewS nilah saya mula ada interest yang baru dan masa tulah saya mula ada kekuatan untuk atur balik perjalanan hidup saya. At least masa tu saya dah ada plan apa yang saya nak buat lepas graduate ; Jadi guru bahasa Jepun (Ni impian masa tu la hahaha). Kalau tak kerana Yamapi, kalau tak kerana NewS, saya tak tahu apa yang saya buat sekarang ni wuwu. MUNGKIN DAH KAHWIN MACAM ORANG LAIN JUGAK kahkahkah! (okay sorry tak kelakar lol)

πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€

#3 BIGBANG (2012)

Masa tu saya tengah sambung belajar DPLI di UTHM. Saya ni orangnya lembap belajar haha. Dah la lembap, apa yang saya belajar tu pulak memang susah. Yelah, belajar nak jadi cikgu kan..ingat senang ker? susah woo..tapi saya push jugak diri saya untuk belajar sebab masa tu saya memang dah pasrah, mungkin saya dah ditakdirkan untuk menjadi cikgu sampai pencen (perasaan saya masa tu la).

Entah kenapa tapi syukur Alhamdulillah, bila saya mula kenal, dengar lagu dan tengok video muzik BIGBANG ni, saya mula dapat kekuatan dan terus ubah fikiran, nekad untuk ‘melawan takdir’. Saya terus ambil keputusan untuk sambung semula usaha untuk mencapai impian saya sebelum ini iaitu untuk menjadi guru bahasa Jepun. Bayangkan, dalam kesibukan belajar DPLI tu, saya masih lagi sempat masuk kelas bahasa Jepun dekat KL setiap minggu dan menulis buku bahasa Jepun saya. Susah keadaan saya masa tu, tapi terima kasih kepada BIGBANG, saya dapat juga menghabiskan pengajian di UTHM DAN dapat mulakan bisnes pertama saya (buat kelas bahasa Jepun) lepas habis belajar tu.

πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€

#4 WANNA ONE (2017)

Masa ni saya sedang melalui keadaan yang sukar di mana bisnes pertama saya (kelas bahasa Jepun) tu kelihatannya sudah ‘karam’ di lautan dalam hahaha πŸ˜‚ Gagal ler maksudnya tu lol..Serius mati kutu masa tu..tak tahu nak buat apa, jadi saya ambil masa untuk tarik diri dari bisnes kejap dan nak fokus untuk menulis komik dan novel mengenai AHB. Susah. Memang susah hahaha. Maksud saya perasaan sedih sebab bisnes gagal tak hilang lagi, proses nak menulis komik/novel tu pon payah, dah la kerja (cikgu sekolah) masa tu menyeksakan lol.

Tapi syukur Alhamdulillah Allah temukan dengan sebuah rancangan realiti untuk menghasilkan boygroup iaitu, PRODUCE 101. Masa tu bercahaya sangat hidup saya hahahaha🀣 Terasa macam rancangan tu menggambarkan konsep komik/novel saya pula masa tu..ialah komik saya tu pon pasal akademi untuk menghasilkan boygroup juga kan hehe..WANNA ONE ni pula ialah boygroup yang terhasil dari rancangan tu, jadi saya selalu membayangkan yang WANNA ONE ini sebagai simbolik kepada boygroup yang akan terhasil dari AHB. Terus saya dapat idea untuk mulakan semula bisnes yang baru iaitu dengan membangunkan AHB yang sebenar, bukan lagi komik mahupon novel. Kerana WANNA ONE inilah saya mula bangun semula dari kegagalan bisnes yang pertama sebelum ni.

πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€

#5 JO1 (2020)

Dan yang terakhir dan paling istimewa ialah JO1!!!! JO1 ini ialah kumpulan yang terhasil dari rancangan PRODUCE 101 JAPAN yang konsepnya sama dengan PRODUCE 101 yang saya terangkan di atas. Kiranya diorang ni adik-beradik WANNA ONE la hehe. Oh ye, WANNA ONE skg dah takde lagi sebab disbanded (kontrak dah habis) pada tahun lepas. Sedih sangat bila diorang disbanded. Saya jadi hilang motivasi dan tanpa saya sedar, saya mula hilang arah sebab tiada motivasi. Tak hairanlah bila operasi AHB pada awalnya hampir-hampir nak ke laut juga. Tapi syukur Alhamdulillah, bermula bulan Mac yang lepas, saya mula perlahan-lahan dapat mencari identiti saya dan AHB semula. Ironiknya, JO1 ni juga baru debut pada bulan yang sama! Menarik tak? hehe..tapi masa tu saya tak kenal pon lagi diorang ni..saya mula kenal diorang pada akhir bulan 6 yang lepas. Tapi kehadiran diorang memang bermakna sangat dalam hidup saya skg sebab saya perlukan motivasi untuk membangunkan AHB. The road is really not easy. Tapi sekurang-kurangnya JO1 berikan saya kekuatan sebab diorang ni pon ada matlamat diorang juga, iaitu untuk menjadi global boygroup. Jadi saya rasa skg ni seolah-olah saya ada ‘teman’ seperjuangan untuk mencapai impian yang tinggi (you know what i mean, hahahaha). So yeah! Sebab tu saya cakap tadi yang boygroup nombor 5 iaitu, JO1 ini tengah menyelamatkan hidup saya sekarang ni..hehe…terima kasih JO1..isshoni ganbarimashou!!!


Jadi itu saja 5 buah boygroup yang juga penyelamat hidup saya!! Maaf sebab tak dapat nak karang ayat sangat sebab masa menulis ni pon saya kena kejar masa hehe

Hurmm..siapa pula penyelamat hidup anda?? Adakah boygroup juga? πŸ˜„

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *