Assalamualaikum🥰
Kalau minggu lepas saya sudah mula naikkan notis mengenai pencarian admin & ejen, minggu ini pula saya sudah buat perincian mengenai 4 buah kelab peminat AHB, Alhamdulillah!🤩
Matlamat saya apabila membuat perincian seperti ini ialah supaya orang ramai boleh kaitkan struktur AHB ini dengan struktur di sekolah.
Maksud saya begini, kalau sebut SEKOLAH saja mesti orang boleh bayangkan kelab-kelab yang ada di sekolah, betul tak? Haaa…sama la juga dengan di AHB. AHB juga ada menyediakan kelab-kelab yang boleh disertai oleh pelajar akademi.😁
Ianya bukan kewajipan. Tapi bila pelajar tu sudah menyertai kelab, ianya juga menunjukkan yang pelajar itu lebih komited dengan AHB!🥰 Dekat sini juga saya boleh kaitkan dengan PROGRAM SOKOLA di mana kalau pelajar AHB tu sertai mana-mana kelab, maka secara automatik pelajar itu sudah upgrade ke peringkat ke 2 PROGRAM SOKOLA macam tu…nampak flow dia? Berkelas gitu, haha 😝
Baik, berbalik kepada kelab peminat. AHB ada 4 buah kelab peminat yang pelajar boleh sertai iaitu :
✨Kelab Peminat Jepun
✨Kelab Peminat Korea
✨Kelab Peminat Malaysia
✨Kelab Peminat Seni

Apa-apa pun kalau nak menyertai kelab-kelab peminat ni, langkah pertamanya ialah WAJIB berdaftar dulu sebagai pelajar AHB k. Boleh hubungi ejen utama kami iaitu Cik Wahidah di 0129548634 (whatsapp saja) untuk berdaftar.
Bila dah berdaftar sebagai pelajar AHB ni, mereka bukan saja boleh sertai kelab peminat tapi boleh jadi ejen dan admin juga..peluang untuk buat pendapatan sampingan tu 🤭..apa-apa pun untuk pertanyaan lanjut mengenai ini boleh juga ajukan kepada Cik Wahidah ye 🥰
Jadi di bawah ini ialah struktur setiap kelab peminat dan InsyaAllah kalau takde aral esok saya akan naikkan di akaun sosial SEKALI dengan soalan kaji selidik mengenai kelab peminat.