VIDEO PERCUBAAN KIMSHITE TV DAH UP! | BLOG NIA #2

Assalamualaikum 😁

Alhamdulillah baru up video percubaan ke 2 dekat channel YouTube KIMSHITE TV!  🤩

Dalam video di atas, saya menerangkan sedikit sebanyak 9 segmen yang akan dimasukkan dalam channel YouTube tu nanti. Okay, saya senaraikan di sini juga.


9 segmen itu ialah :

🔸 CIKGU NIA 
Memandangkan saya adalah seorang bekas guru sekolah. Mengapa tidak saya kongsikan info berkaitan dengan dunia pendidikan sekolah kan? Saya takkan sia-siakan air mata, peluh dan darah (lol) sepanjang saya bekerja sebagai guru sekolah dulu, untuk terus menyumbang dalam bidang itu. InsyaAllah saya tidak akan mengutuk sistem pendidikan negara Malaysia atau negara-negara lain.

Matlamat saya dalam segmen youtube ini ialah untuk menyampaikan info yang boleh menghubungkan masyarakat (termasuk pelajar) dengan bidang perguruan dan sebaliknya, menjelaskan apa yang kabur supaya ada lebih persefahaman. Dan supaya dengan persefahaman ini, kehidupan di sekolah adalah lebih menyeronokkan, pada pelajar mahupun kepada guru juga.

🔸 NIA PSIKO
Saya pon tak tahu kenapa saya pilih tajuk ni, haha..tapi tak kisah la..yang penting, pengisiannya guys 😛 PSIKO ialah ringkasan untuk ‘psikologi’. Saya akan berkongsi ilmu berkaitan psikologi, personaliti dan sebagainya, yang mana ianya SANGAT la penting dalam membantu kita (terutamanya golongan pelajar) untuk mencari kelebihan dan bakat sendiri.

Jadi, bila dah tahu apa kelebihan dan bakat sendiri tu, dah mudah la nak pilih bidang pekerjaan yang bersesuaian. Antara subjek pengisian bagi segmen ini ialah 3 kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan personaliti seseorang. Apa tuuu?? tunggulah! 🤩

🔸 DOKTOR NIA
Yang ini pon entah apa-apa je tajuk saya letak, TETAPI tak kisah la guys tajuk tu..yang pentingnya itu ialah pengisian😍 Segmen ini lebih kepada motivasi, tips pengurusan masa, kisah-kisah inspirasi orang-orang hebat, tips menetapkan matlamat hidup & impian dan sebagainya. Saya harap segmen ni sangat membantu mereka yang memerlukan, terutama sekali golongan pelajar🥰

🔸 NIA CAKAP JEPUN
Baik, segmen ini takde la berat sangat macam 3 segmen sebelum ni. Lebih kepada perkongsian saya mengenai negara Jepun. Apa-apa topik berkaitan Jepun. Dan saya harap orang akan lebih tertarik dengan negara Jepun melalui segmen ini, TETAPI JUGA masih lagi boleh berbangga dengan negara sendiri (patriotisme intended😉)

🔸 NIA CAKAP KOREA
Yang ini pon sama juga macam segmen ‘Nia Cakap Korea’ tu. Tiada perbezaan yang begitu ketara guys, haha

🔸 NIA VLOG
Dalam segmen ini pula saya akan berkongsikan mengenai aktiviti saya sebagai pengasas AHB dan juga pengurus bakat NIJI TALENT. Mungkin juga saya akan berkongsikan snippet projek-projek yang saya buat InsyaAllah.

🔸 NIA THE CEO
Okay, dalam segmen ini pula saya akan berkongsikan info mengenai bisnes yang saya buat, promosi program dan sebagainya. Kiranya ini segmen saya sebagai promoter juga la, haha

🔸 NIA AND TALENT
Tajuk segmen ini membuatkan saya menyoal diri sendiri, ‘AKU NI BETUL KER TAK?‘, haha. Mula-mula saya fikir segmen ini ialah untuk saya bercerita mengenai bakat-bakat dalam kumpulan NIJI TALENT yang saya uruskan, tapi mungkin buat permulaan ni saya akan banyak bercerita mengenai penghibur seperti selebriti, artis, kumpulan idola, influencer dan sebagainya untuk saya higlight nilai-nilai baik yang boleh kita contohi.

Saya harap segmen ini boleh mengubah persepsi orang ramai mengenai penghibur. Tak semua penghibur itu menyesatkan. Ianya berbalik kepada perspektif kita juga (hoho..dalam tu mesej yang saya nak sampaikan tu😉)

🔸 NIA PD
PD maksudnya ialah “Producing Director” kalau dalam bidang hiburan. Sebagai contoh, PD terbaru bagi rancangan popular Korea Selatan, RUNNING MAN ialah Choi Bo Pil. PD ialah orang penting dalam sesuatu program rancangan TV. Saya takde la rancangan TV lagi (akan datang InsyaAllah AAMIIN!!!), cuma baru menghasilkan konten-konten video di channel YouTube.

Jadi InsyaAllah dalam segmen ini saya akan berkongsikan konten-konten video yang saya sedang kerjakan ATAU berkongsi impian saya dalam bidang ini, sebab saya memang minat..SANGAT MINAT!


Okay, jadi itu saja penerangan mengenai setiap segmen! InsyaAllah nanti saya akan cerita lagi pasal pengisian channel YouTube KIMSHITE TV dalam post akan datang ya.

Oh ya! di kesempatan ini juga saya mahu mengucapkan, SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia! Walaupun mungkin tidak akan ada sambutan seperti sebelum-sebelum ini disebabkan oleh situasi skg, tapi saya harap cikgu-cikgu semua boleh menyambutnya dalam cara yang tersendiri ya. Mungkin boleh buat ‘party’ video call dengan rakan-rakan sejawatan ka..hehe. 

Baiklah itu saja, BYE-BYE! 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *