3 Selebriti Jepun Menunjukkan Cara Mencuci Tangan

Selebriti dalam dunia hiburan juga memainkan peranan dalam menyampaikan mesej yang baik, memandangkan mereka juga merupakan ‘public figure’ di mana setiap perlakuan mereka boleh memberikan kesan (samada positif atau negatif) kepada masyarakat.

Oleh itu, tidak hairanlah jika dalam keadaan sekarang di mana majoriti masyarakat dunia sedang berkuarantin atau sibuk mengamalkan langkah-langkah berjaga-jaga bagi mencegah merebaknya wabak COVID-19, golongan selebriti juga kelihatan aktif menggunakan pengaruh yang mereka ada dengan menyampaikan mesej yang baik ATAU konten menghiburkan seperti mengadakan ‘challenge’, menghasilkan video menarik, menyanyi dan sebagainya.

Di bawah adalah 3 selebriti di Jepun yang telah melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej agar semua orang mencuci tangan dengan betul!

🌻 TAKUYA KIMURA🌻


Selebriti berusia 47 tahun ini berkongsi cara mencuci tangan yang betul dengan hanya melalui video rakaman telefon bimbit yang berdurasi 1 minit, tanpa sebarang edit!

Dalam video itu, beliau sedang berdiri di hadapan sinki dengan kedua-dua lengan baju sudah dinaikkan.

“Kita sedang melalui masa yang sukar sekarang. Jika ada sesuatu yang anda atau orang lain boleh buat, ianya ialah dengan mencuci tangan. Basahkan tangan dan gosokkan dengan sabun. Cuci tapak tangan, pergelangan tangan, belakang tangan, hujung jari dan di antara jari anda. Ini bukan saja boleh melindungi diri anda, tetapi juga orang-orang kesayangan anda, jadi tolong, lakukannya.”

🌻 PIKO TARO🌻

Beliau ialah seorang pelawak yang pernah viral dengan lagu PPAP pada tahun 2016.

Kali ini beliau viral kembali dengan mengubah lirik lagu PPAP itu kepada mesej cara mencuci tangan dengan betul.

“Saya ada tangan, saya ada sabun. Uh! Cuci! Cuci! Cuci! Cuci…” Piko terus mengulang lirik tersebut dengan ton yang sama dengan pakaian yang sama seperti dalam video lagu PPAP sebelum ini.

🌻 ARASHI 🌻

ARASHI yang merupakan boyband paling terkenal di Jepun juga tidak ketinggalan mengingatkan orang ramai mencuci tangan yang betul, melalui lagu dan video khas yang dinaikkan di channel Youtube mereka.

Dengan irama lagu yang menarik, ini semestinya merupakan cara menyampaikan mesej yang sangat berkesan!


Jelas di sini kita boleh melihat peranan yang boleh dimainkan oleh selebriti  dalam waktu sukar seperti COVID-19 ini. Mereka bukan saja boleh menjadi jentera yang amat berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej yang baik, malah mereka juga dapat menggunakan hiburan sebagai medium bagi membantu menceriakan dan menyebarkan aura positif kepada semua orang.

Barulah hiburan tidak terlihat hanya sebagai sesuatu yang negatif semata-mata! 😁


Artikel ini ditulis oleh Sidonia Locke untuk NIJI TALENT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *