Assalamualaikum

Alhamdulillah..sudah sebulan sejak AHB rebranding pada 31 Mei yang lepasπ Operasi AHB setelah rebranding juga adalah lebih baik, jika dibandingkan pada 5 bulan pertama sejak rasmi beroperasi pada awal tahun ini. Syukur Alhamdulillah.
Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini iaitu mengenai 7 cara yang digunakan untuk menghubungkan negara Malaysia, Jepun & Korea Selatan. Sejak 2 bulan yang lepas kami telahpon melaksanakan cara yang pertama iaitu, ‘MENYAMPAIKAN MAKLUMAT/ILMU PENGETAHUAN DI AKAUN SOSIAL MEDIA’. Anda semestinya boleh melihat penyampaian maklumat yang telah kami hasilkan di website, facebook mahupon di akaun instagram kamiπ₯°
Jadi pada bulan ini, kami melangkah satu lagi tapak ke hadapan dengan memperkenalkan PROGRAM-PROGRAM yang kami sediakan melalui kelab peminat kami! Yaiy! π
Seperti yang kami ada kongsikan sebelum ini, AHB mempunyai 4 buah kelab bukan?? Antaranya yang telah kami perkenalkan ialah KELAB PEMINAT JEPUN! Haaa..jadi di bawah setiap kelab ini ada program-program yang akan dilaksanakan (kalau ikut pada 7 cara itu, program-program ini ialah cara yang kedua!)
Jadi buat permulaan ini, kami memperkenalkan dulu 3 program kelab yang InsyaAllah akan dijalankan di bawah KELAB PEMINAT JEPUN terlebih dahulu π Kami juga ada berkongsikan di akaun instagram juga! Jangan lupa LIKE & FOLLOW kami juga ya sebagai tanda sokongan π₯°
Sebagaimana yang kami terangkan sedikit di instagram, 3 program kelab itu ialah :
π» PROGRAM EDUTRAVEL
π» PROGRAM EDUTRAVEL 2.0
π» PROGRAM LATIHAN PEKERJAAN
Anda juga boleh membaca sedikit penerangan juga pada page-page program ini, hehe.. Jadi, bermula pada bulan ini kami akan bercerita mengenai 3 program ini. Diharapkan, anda juga akan lebih berminat untuk menjadi pelajar kami juga setelah mengenali program-program ini dengan lebih mendalam lagi!