Baru-baru ini saya ada membuat kaji selidik mengenai peratus peminat Jepun & Korea Selatan di Malaysia. Hasil dari jawapan kaji selidik setakat ini, saya boleh katakan yang majoriti rakyat Malaysia tiada masalah dengan negara Korea, cuma yang membuatkan mereka kurang senang ialah sebilangan peminat negara tersebut yang kelihatannya obses dengan negara terbabit, terutama sekali peminat KPOP.
Jadi, saya menulis artikel ini agar ianya sedikit sebanyak dapat mengubah perspektif rakyat Malaysia yang sebegitu kepada sesuatu yang lebih menarik lagi mengenai negara Korea, seperti golongan MUALAF KOREA! Endahkan saja peminat fanatik KPOP tu ya! Kita follow mualaf-mualaf Korea ni lagi best!
Oleh itu, dalam artikel ini saya menyenaraikan mualaf-mualaf Korea yang anda boleh ikuti! Senarai dan perincian artikel ini InsyaAllah akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa.