2 TARGET UTAMA DAH TERCAPAI!| PERKEMBANGAN AKADEMI #17

Assalamualaikum

Dalam post kali ini saya akan berkongsikan pula perkembangan akademi pada minggu ini iaitu dari 15/10/2020 sehingga 21/10/2020! Dan disebabkan ini ialah blog, jadi saya cuba untuk sampaikan maklumat dengan lebih bersahaja…SAYA CUBAAAAA!!!🤩

Okay, selalunya saya memang akan set 2 target utama yang mesti dicapai setiap minggu untuk akademi, dan target utama ini ialah seolah-olah macam satu langkah yang membawa akademi ke hadapan, haaa umpamanya macam tu 😛

Jadi untuk minggu ini, 2 target utama untuk minggu ini ialah dengan memulakan aktiviti KELAB TORI TORI dengan mengadakan perjumpaan. Perjumpaan ini mungkin tidak boleh dibuat setiap minggu la buat masa ni tapi sekurang-kurangnya, sudah dimulakan.

Logo Kelab Tori Tori

Dan sebenarnya saya nak jadikan perjumpaan ini boleh dibuat di mana-mana saja dan boleh dikendalikan oleh pelajar AHB yang berminat. Apapon, aktiviti kelab ini kena sentiasa diolah setiap minggu supaya sentiasa ada perkembangannya.

Pasal perjumpaan pertama KELAB TORI TORI ini mungkin saya akan kongsikan dalam post blog yang lain, mungkin saya nak buat juga segmen khas untuk KELAB TORI TORI 🤩

OKAY! Jadi itu ialah target pertama dan sudahpon dibuat semalam, Alhamdulillah.

Sekarang ni saya nak ceritakan pula mengenai target yang kedua untuk minggu ini iaitu untuk siapkan draft bagi program edutravel, JOM P PONTIAN di bawah Kelab Peminat Malaysia! Alhamdulillah, draft sudah pon siap dibuat macam yang saya tunjukkan di bawah ini.

Jadi target sudah pon tercapai, yeah! Jadi sekarang ni tinggal nak usulkan saja kepada pihak pengurusan di kampung. Harap segalanya berjalan lancar InsyaAllah.

Jadi itu sajalah 2 target utama yang saya boleh kongsikan dalam post kali ini, walaupun sebenarnya banyak juga target lain yang sudah tercapai minggu ini tapi takpe. Boleh kongsi lain kali.

Apapun syukur Alhamdulillah sebab minggu ini saya sudah kembali bekerja di pusat operasi setelah 2 minggu hanya bekerja di rumah, haha! Lain sebenarnya perasaan bekerja di rumah dengan bekerja di pejabat (pusat operasi) ni.

Okay, jadi sehingga di lain kesempatan! Akhir kata dari saya, JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA! InsyaAllah Allah itu sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *