KOLEKSI KOMIK NIJI | PERKEMBANGAN AKADEMI #1

Assalamualaikum! Baik semua??

Harap baik saja dan jangan sedih-sedih ya..raya tahun ni kita redha saja beraya di perantauan hahaha.. gurau saja 😂 Alhamdulillah, hari ni saya ada satu berita best untuk dikongsikan! Terutamanya jika anda seorang peminat komik. Wah! Apa tu? Buat berdebar pula😆

OKAY! Saya baru saja tambah page khas ‘KOLEKSI KOMIK NIJI’ pada tab website! (Cari tau😁).


Page ini akan menghimpunkan projek yang pernah dilukiskan untuk AHB dahulu. Selain itu, hasil kerja yang pernah dihasilkan oleh pelukis NIJI TALENT juga akan dikongsikan.

InsyaAllah buat masa ini ada 3 buah komik yang boleh dibaca iaitu 2 versi KOMIK AKADEMI HOUKI BOSHI dan juga 1 lagi dari pelukis Atikah Roslan.

Selepas ini, boleh la saya jadikan page ini sebagai tarikan kepada pelukis-pelukis di luar sana untuk menyertai NIJI TALENT🤗


InsyaAllah platform ini juga boleh membantu pelukis-pelukis yang mempunyai komik untuk dikongsikan, terutamanya kepada pelajar Akademi Houki Boshi. Mana tahu boleh kumpul peminat kan? Nanti boleh buat sorvenir ker apa. Wah! saya pula yang teruja. Sebab saya sendiri pon suka menulis komik 🥰

Apa-apa pun, moga page baru ini boleh membawa lebih kegembiraan kepada ramai orang. InsyaAllah amin 😁


Bercerita pasal beraya di perantauan, saya dah pernah merasa dah tahun lepas, beraya tanpa keluarga di Sarawak semasa saya bekerja sebagai guru sekolah dulu (sebab keluarga di Johor). Memang sunyi, tapi redha saja la, dan cuba cari kegembiraan sendiri dalam meraikan syawal. Saya masih lagi boleh bergembira menyambut syawal tahun lepas, walaupun berjauhan dari keluarga😊

Apa-apa pon, moga kita dapat patuh dengan arahan dari kerajaan untuk menjaga pergerakan kita semasa menyambut syawal nanti. Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 k! 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *