10 TIPS BILA ANAK TAK NAK MAKAN – FIZA SUSHI

Stress Anak Tak Mahu Makan ? Apa Kata Ibu Cuba 10 Tips Bijak Ini, Pasti Berjaya!

Memang tension bila anak susah makan terutama bila ibu sudah penat-penat masak. Bila si kecil makan, diluahnya kembali! Tentu ibu rasa kecewa, kan?

Perkara ini memang menjadi masalah besar pada ibu-ibu sekalian. Bimbang kalau ‘tak peduli soal perut anak’ nanti si kecil itu lapar dan perut masuk angin.

Hanya ibu yang berhadapan situasi ini sahaja yang faham bagaimana perasaan bila anak susah makan hingga kadang-kadang terpaksa buat helah supaya anak mahu makan.

Tapi, jangan risau lagi ibu. Hari ini, kami akan membantu anda. Jom kita lihat apakah yang anda boleh lakukan dalam menangani anak susah makan.

1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater). Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka. Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja. Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya.

2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.

3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak

4. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.

5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.

6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.

7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.

8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.

9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluarga. Tak best makan sendiri.

10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.

Semoga bermanfaat !!!

#FizaSushi
#PjjSushi
#halalsushikit
#Wakuwaku
#sushi
#makananjepun

Ditulis oleh Yuka Fiza untuk FIZA SUSHI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *