Maksud Media, Fungsi dan Jenis | SENI & MEDIA #1

Assalamualaikum

media
Sumber gambar : http://www.seameocelll.org/

MEDIA. Perkataan yang selalu kita dengar, tapi adakah kita benar-benar faham maksudnya tu? Haaa..jadi dekat sini saya nak berkongsi ilmu sedikit mengenai media ni. Kenapa? Sebab AHB juga adalah akademi media, jadi saya rasa wajib bagi saya berkongsikan banyak ilmu dalam bidang ini. Apapon suka saya nak bagitahu dekat sini yang saya bukanlah seorang pakar. Cuma sekadar seorang yang hanya mahu berkongsi ilmu dalam bidang perniagaan saya juga. Bidang yang saya sendiri tengah belajar sekarang ni, haha πŸ˜„

MAKSUD & FUNGSI

Secara umumnya, MEDIA bermaksud alat perantara atau penghantar yang fungsinya ialah untuk menyampaikan pesanan atau maklumat dari satu sumber kepada penerima. Media ini kalau mengikut hukum bahasa inggerisnya merupakan bentuk plural kepada medium iaitu, komunikasi dalam bentuk seperti radio dan televisyen, surat khabar, majalah, dan internet, yang boleh sampai atau boleh mempengaruhi ramai orang.

Oh ya, satu lagi perkongsian yang menarik; MEDIA berasal dari bahasa Latin iaitu “medius” yang bermaksud “tengah, perantara, penghantar”.

Sumber maklumat : 
https://www.maxmanroe.com/ & https://www.dictionary.com/

Jadi, dekat sini saya boleh meringkaskan yang media bermaksud PENGHUBUNG yang merupakan alatan komunikasi di mana fungsinya ialah untuk menyampaikan maklumat dari satu sumber kepada orang ramai.

PENGHUBUNG. Wow! sesuai sangat dengan identiti AHB sebagai ‘Penghubung 3 Negara Timur’πŸ₯°

JENIS

Media ini boleh dikategorikan kepada 3 iaitu CETAK, PENYIARAN & INTERNET. Dalam setiap kategori ini pon ada banyak jenis. Jom kita tengok satu-satu🀩

CETAK

Sumber gambar : https://www.nst.com.my/

Merupakan kategori yang terawal sekali digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Generasi pada 80-an dan 90-an hanya bergantung kepada media cetak saja sebagai sumber hiburan. Orang ramai bergantung kepada surat khabar dan majalah untuk belajar segala-galanya. Dari mempelajari resepi masakan dan berita hiburan kepada maklumat penting mengenai negara lain. Kategori ini termasuklah :

SURAT KHABAR – Dicetak dan diedarkan secara harian atau mingguan. Topik maklumat yang dikongsikan pula adalah lebih meluas. Daripada hiburan dan sukan kepada politik.

MAJALAH – Dicetak secara mingguan, bulanan, suku tahunan atau mengikut ketetapan tertentu. Topik maklumat yang dikongsikan dalam majalah juga adalah lebih spesifik, contohnya majalah fesyen hanya berkongsi maklumat mengenai fesyen saja.

BUKU – Dicetak mengikut keperluan dan permintaan. Topik malumat yang dikongsikan juga adalah lebih spesifik, sama seperti majalah.

BANTING – Dihasilkan untuk memberitahu maklumat mengenai sesuatu perniagaan dan selalunya diletakkan atau digantung bagi mendapat perhatian orang ramai.

BILLBOARDS (Papan Iklan) – Media pengiklanan yang besar dicipta melalui komputer. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang.

BROCHURES (Risalah) – Sebuah buku kecil yang mengandungi semua maklumat mengenai sesuatu syarikat; produk, servis, terma syarat, nombor telefon untuk dihubungi dan alamat.Risalah ini selalunya diedarkan bersama dengan surat khabar atau terus kepada orang perseorangan.

FLYERS (Risalah) – Flyers juga merupakan sejenis risalah tapi dalam bentuk yang lebih ringkas dan kos pengeluarannya adalah lebih rendah. Maklumat yang dimasukkan dalam risalah ini juga lebih asas seperti nama syarikat, logo, perkhidmatan dan nombor telefon untuk dihubungi. Tidak seperti brochures, flyers ini diedarkan terus kepada orang ramai.

PENYIARAN

Ini termasuklah video, audio, atau konten bertulis yang menyediakan maklumat penting atau menghiburkan yang dikongsi dengan pelbagai kaedah.

TELEVISYEN – Pada masa lalu, anda hanya boleh melihat beberapa saluran saja, namun sekarang sudah ada beratus saluran yang anda boleh tonton di televisyen anda. Setiap saluran juga menyampaikan pengisian yang berbeza ; daripada saluran animasi dan saluran berita kepada saluran sukan.

RADIO – Menggunakan gelombang radio untuk menghantar pengisian yang mendidik, menghiburkan dan informatif kepada orang ramai. Kerana capaian yang tinggi kepada pendengar, radio sering digunakan sebagai platform untuk mengiklankan produk perniagaan. Pada masa kini, selain berfungsi sebagai sumber hiburan, radio juga sering digunakan untuk memberikan perkembangan terkini mengenai cuaca dan keadaan trafik kepada para pemandu jalan raya.

FILEM – Gambar bergerak, lakon layar atau filem adalah yang paling berpengaruh sekali kepada masyarakat dunia. Ini kerana filem sering digunakan sebagai medium untuk menyampaikan kesedaran sosial dan kebudayaan.

INTERNET

Pada masa kini, kita lebih banyak bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai apa-apa saja dan dalam pelbagai bentuk seperti video, teks dan audio. Malah kita juga boleh memilih saluran untuk menerima maklumat itu seperti :

RANGKAIAN SOSIAL ATAU LAMAN WEB – Termasuk Facebook, Youtube, Twitter, Instagram, Tiktok, Tumblr, Pinterest, dan sebagainya.

FORUM ONLINE – Ini ialah ruangan bagi pengguna internet untuk menyatakan pendapat atau membuat sesi perbincangan dan membolehkan pengguna untuk membentuk komuniti mereka sendiri.

PODCAST – Siri audio yang berfokus kepada topik atau tema tertentu. Para pengguna boleh mendengar melalui komputer atau telefon bimbit. Ianya adalah platform yang membolehkan pendengar berkomunikasi dan berkongsi ilmu dengan dunia.

Sumber maklumat : https://whatagraph.com/

Alhamdulillah! Akhirnya selesai juga saya berkongsi info mengenai tajuk ini. Syukur Alhamdulillah πŸ˜‚ Seronok saya dapat berkongsi ilmu yang saya juga sedang belajar sekarang ni.

Jika anda tanya saya, media yang mana satu menjadi fokus saya sekarang. Ianya tentu sekali ialah media internet kerana saya mahu fokus lebih kepada pengisian yang saya kongsikan melalui internet, terutama sekali dalam bentuk video. Tetapi InsyaAllah, untuk jangka panjang, saya menyasarkan untuk menguasai bidang media penyiaran juga kerana saya memang amat sukakan penghasilan filem, tak kisahlah rancangan televisyen, drama, video klip atau sebagainya.

InsyaAllah perlahan-lahan!πŸ’ͺ

Baiklah, itu saja semua..kita berjumpa lagi dalam post yang lain ya! InsyaAllah, jaga diri 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *