Nia Blog Bermula! | BLOG NIA #1

Assalamualaikum 😊

Alhamdulillah, ini merupakan post blog pertama saya sebagai Sidonia Locke untuk website ini.


NIA BLOG ini bukan saja ialah ruang untuk saya berkongsi perkembangan atau aktiviti saya samada sebagai pengasas AHB, pengurus NIJI TALENT, content creator dan sebagainya, tetapi juga sebagai seorang manusia yang hidup di bumi Allah bagi menjalankan tanggungjawab yang diberi-Nya menggunakan bakat dan potensi yang saya ada.

Saya ingin berkongsi perjalanan saya sebagai Sidonia Locke dalam mengejar impian dan matlamat hidup di website ini, dan saya harapkan ianya boleh memberikan sesuatu kepada yang membacanya. Samada bagi mendapat inspirasi mahupun terhibur dengan apa yang akan saya sampaikan.

InsyaAllah, perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama!

Moga post ini adalah langkah pertama saya dalam berkongsi perjalanan dalam mengejar impian melalui AHB ini dengan dunia 😁

Berjumpa lagi di post seterusnya..jaga diri dan moga yang membaca post ini sentiasa mendapat rahmatnya 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *